Jun 9, 2010

Muffin Coklat ( 270510 )

Resepi ni ambil dari blog babycakes2u (maaf copyright). Sedap sangat. Dah 2 kali buat.



Sebelum bakar








Selepas bakar










Sedia untuk dimakan






Ni resepinya

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200ml susu segar ( vanilla atau coklat )
Coklat chip untuk hiasan

Cara2 :
(1) Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 degree celcius selama 15 minit
(2) Pukul mentega, minyak jagung & gula perang
(3) Masukkan telur sebiji demi sebiji
(4) Tepung gandung, soda bikarbonat, serbuk koko & baking powder di ayak terlebih dahulu dan di campur dalam adunan tadi
(5) Campurkan susu segar berselang seli dengan tepung hingga sebati
(6) Paipkan 3/4 adunan dalam cup kertas dan letak coklat chip di atasnya
(7) Bakar selama 20 minit

No comments:

Post a Comment