Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Oct 10, 2011

ROSE SYRUP PANNA COTTA (N3 tertunda)

Hanim ambil resepi dari umah kak nor (secubit garam). Ok ini link umah kak nor (secubit garam).



ROSE SYRUP PANNA COTTArecipe : Gert
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients for the pink layer:
1 tsp agar agar powder
150 ml water
2 tbsp sugar – more if you like it sweeter
200 ml milk
1 tbsp rose syrup
1-2 drops of pink coloring

1. Combined the agar agar powder and water and mix well. Cook it over low heat until agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk and sugar. Cook it over medium low heat until sugar dissolve and it come to a slow boil.
Add in the rose syrup and coloring. Check the sweetness if it is to your liking. Pour it into the Jelly moulds and let it set.
3. Once it is set, take out the jelly, cut into 4 segments. Put 2 segments of the jelly back into the mould and leave the rest empty. Prepare the white layer.


Ingredients for the white layer:
1 tsp agar agar powder
150 ml water
200 ml milk
2 ½ tbsp sugar – more if you like it sweeter
1 tsp vanilla

1. Combined the agar agar and water and mix well. Cook over low heat until the agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk, sugar and vanilla. Cook over medium heat until it boils. Remove from heat.
Spoon the agar agar mixture into the empty sections of the moulds.
3. Let it cool completely in the fridge before serving.

Chilled Blueberry Cheesecake - 021011 (N3 tertunda)

Percubaan pertama buat chilled cheesecake. Hanim ikut resepi asal dari che mat gebu tapi hanim tak letak strawberi. Hanim buat plain cheesecake dengan topping blueberry jelly (hanim terlupa copyright dari siapa. minta izin yer ). Sebenarnya hanim tak minat cheese tapi hb suka. Jadi kek ni hanim buat khas untuk hb. Mungkin sukatan serbuk agar2 tu tak mencukupi jadi cheesecake lembik sikit. Komen dari 'panel tetap' lapisan biskut tebal, cheesecake failed sebab lembik tapi rasa ok. Apa2 pun hb suka.
Alhamdulillah ..............



Resepi asal  ( chilled strawberry cheesecake )

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus 
1 camca teh strawberry emulco 
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan  < hanim tak letak>




CARA MEMBUATNYA :-)
1.Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
2.Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
3.Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
4.Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..



Lapisan Bluberry Jelly
blueberry filling ( 1 bekas kecil)
15gm gelatin
80gm air


Cara-cara
1. Masak gelatin dan air secara double boil
2. Campurkn adunan gelatin kedlm blueberry filling.
3. Kacau sebati dan tuangkn keatas lapisan cheese td.
4. Sejukkn smlm

PUDING KASIH BERTAUT ( 090911) - N3 tertunda

Inilah n3-n3 hanim yang tertunda. Seronoknya tengok ramai kawan2 yang dah mencuba puding ni. So turn hanim pulak nak mencuba. Sedap puding ni. Kiut gitu. Resepi asal hanim ambil dari umah kak ita. Jom layanzz ...............



RESEPI ASAL


Bahan-bahan
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita


Cara Bahan A
1- Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2- Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.
3- Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
4- Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.
5- Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi.
6- Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
7- Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara Bahan B
1- Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk.
2- Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.


Cara Menyediakan Puding
1- Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi.
2- Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Aug 16, 2011

Talam Kastard Jagung

Weekend baru2 ni memang bz giler. 3 menu kena masak bergilir2 non stop. Adusss ...... alhamdulillah sempat juga hanim siapkan sebab hb nak berbuka di rumah MIL. Mula2 hanim buat talam kastard jagung. Resepi asal dari yatie. Komen yang diterima mmg sedap. Dah siap2 pack dalam bekas terlupa pulak nak snap gambar. Nasib baik ada sepotong lagi yang tinggal. Jom layanzzz .......


Resepi asal  ( untuk loyang 10" )

Bahan-untuk Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah
1- Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
2- Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3- Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap.
4- Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
5- Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.


** Setiap 10 minit yatie buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus.
Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)



Bahan Utk Lapisan Atas
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan


Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Yatie kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)



Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya

Puding Cheese < 060811 >

Salam ramadhan buat semua. Ini N3 yang tertunggak. Baru berkesempatan nak buat puding cheese ni. Tergoda dengan komen2 yang bernas tentang keenakan puding ni. Sedap dan lembut. Acuan pun copyright dari tuan empunya resepi, kak nor. Minta izin yer kak nor.




Resepi asal  ( saiz 8" persegi )

Bahan-bahan
13 gm Serbuk Agar-Agar

1 liter Air
120 gm Gula
3 biji Telur
120-150 gm Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400 ml Susu Cair
200 gm Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50 gm Mentega


CARA2:
1- Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
2- Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
3- Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
4- Masukkan susu & kacau sebati.
5- Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
6- Masukkan mentega sehingga sebati.
7- Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
8- Sejukkan sebelum di hidangkan.


* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih.
Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould
(kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)


** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain).
Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh.


Jul 4, 2011

PUDING TEMBIKAI_2

Ari tu hanim dah buat puding tembikai guna roti. Kali ni hanim buat guna tepung kastard. resepi hanim ambil dari umah AnnaQawina. Pada kesedapan mulut hanim ni, hanim prefer puding yang guna roti. Rasanya lebih sedap. Tapi tak pastilah pada yang lain.
Ok lah Layanzzz ..........




PUDING TEMBIKAI
olahan & copy : LinaPG & Kak IlahJY

bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10g)
2 1/2 sdb tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit adunan agar2 yang di campur choc emulco, bekukan & potong dadu 
( hanim guna pewarna coklat )
sedikit pewarna hijau dan merah

cara-cara
1- masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
2- sementara itu campurkan susu cair, susu pekat & tepung kastard, kacau sebati dan tapiskan
3- setelah agar2 hancur, masukkan bahan (2) ke dalam periuk, esen vanila dan mentega. kacau hingga mendidih.
< masa ni ambil sesenduk adunan dan letak choc emulco, kacau sebati dan bekukan - utk biji tembikai >
4- ambil 1 cawan adunan dan warnakan hijau - utk kulit tembikai. biar keras sedikit
5- ambil 3/4 cawan adunan, curahkan atas lapisan hijau tadi. biar kera sedikit
6- selebihnya diwarnakan merah, curahkan atas lapisan putih tadi
7- taburkan potongan agar2 coklat tadi sebagai biji tembikai
8- bekukan dan boleh la di potong

May 16, 2011

Sagu Pearl Puding ( 230411 )

Minta izin tuan empunya resepi. Minta maaf sebab saya x salin tuan empunya nama. Minta dihalalkan ya ......
Punya la excited nak buat sampai terlupa nak save respi dalam pendrive. Nasib baik ada my sifu, kak nor (bukan kak nor secubitgaram yer). Direct sms minta bahan2 untuk buat puding ni. Al kisahnya saya dah tersalah cara utk buat lapisan2 puding ni. Apa2 pun jom layanzzzz ..............

Ikut resepi asal

Bahan-bahan
20gm serbuk agar2
1 liter  air
300gm gula pasir
3 helai daun pandan, di simpul
100g biji sagu rumbia
250ml santan
Pewarna merah, hijau & kuning  ( ikut citarasa sendiri )

Cara-cara
1- Rendam biji sagu selama 2jam, kemudian rebus dengan air mendidih hingga sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengakir untuk membunag kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
2- Bahagikan biji sagu kepada 6bhgn - sama banyak.
Tiga bhgn di warnakan hijau, merah & kuning. tiga bhgn lagi biar mcm tu. Ketepikan
3- Masakkan serbuk agar2, air, gula dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Kecilkan api
4-Ceduk 200ml agar2 tadi dan masukkan dalam 1bhgn sagu tanpa warna, kacau rata guna grfu dan tunag dalam bekas berukuran 8nci x 8inci x 3inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2kan permukaannya dengan pisau.
5- Cedukkan 200ml agar2 lagi dan gaul dengan bhgn yang berwarna merah. kacau dengan garfu dan tuang atas lapisan no-4 tadi. Biar keras sedikit dan ulang langkah tadi untuk lapisan seterusnya.
(turutan lapisan puding - putih, warna, putih, warna, putih & warna )
6- Biarkan sejuk kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1-2jam.

Apr 12, 2011

PUDING LAICI ( 100411 )

Dah lama saya nak buat puding ni tapi selalu tertangguh. Saya N3 resepi dulu ok. nanti saya upload gambar. Resepi ni saya terlupa nak tulis tuan empunya nama. Minta izin ya

Tara .........






Resepi
Bahan-bahan
10gm serbuk agar2 atau 1 paket agar2 biasa  (28gm) 
6 gelas air 
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin  ( mesin sikit )
Buah laici (dalam tin) untuk hiasan

Cara-cara
1- masakkan agar2 hingga mendidih
2- masukkan gula dan biarkan mendidih lagi  (kalau guna agar2 biasa kena tapis)
3- tutup api dan masukkan laici yg dimesin (1 tin laici) dan susu cair
4- Tuang dalam acuan dan sejukkan
5- hidangkan bersama buah laici untuk hiasan

Jan 26, 2011

PUDING ROTI

Di sebabkan saya ni jenis tak creative, so buat dalam dulang ja. Percubaan pertama buat puding ni. Tak jumpa resepi nak tempek kat sini. Tak pe n3 gambar dulu untuk tatapan


Jan 14, 2011

FRUIT JELLY ( 130111 )

Teruja tengok fruit jelly dari blog kak nor http://secubitgaramnor67.blogspot.com/.
So saya cuba buat fruit jelly ni. Alhamdulillah menjadi.
Tapi jenuh juga la nak korek isi orange tu.




Resepinya


Bahan-bahan
5 biji limau  ( saiz besar )
10g serbuk agar-agar
1000 ml air + jus limau
7 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar sunquick orange


Cara
1- Sukat dulu jus orange dan ketepikan (cth: 400ml)
2- Untuk sukatan air cuma perlu tambah sebanyak 600ml lagi
3- Masukkan semua bahan2 kecuali jus orange dan sunquick
4- Bila dah mendidih, padamkan api dan biarkan seketika
5- Masukkan jus oren dan sunquick
6- Tuangkan ke dalam kulit orange dan biarkan beku

Nov 29, 2010

Puding Roti (281110)

Resepi ini saya ambil dari blog hanieliza.
Seronok sangat bila percubaan pertama menjadi.
Suka tengok si anak makan. Ikutkan kismis tu dia tak makan.
Tapi puding ni banyak dia makan


Atas permintaan hb, petang tu saya buat lagi untuk
di bawa ke rumah mertua. Puding ni saya biar sampai garing sikit
Adunan pertama yang saya buat. Terlupa nak snap gambar masa lepas bakar.
Nasib baik ada lagi ............

Bahan-bahan
Bhgn A
500ml susu segar/fresh milk (saya guna susu cair)
8 keping roti
Bhgn B
4 sudu besar gula halus - boleh tambah 1 @ 2 sudu kalau nak manis (saya guna gula kastor)
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bhgn C
Kismis hitam

Cara-cara
(1) Bhgn A : koyakkan roti dan rendam dengan susu dalam 1/2 jam
(2) Bhgn B : pukul butter dan gula hingga sebati. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
(3) Bhgn B : tambah esen vanilla. masukkan tepung jagung dan gaul rata
(4) Campurkan Bhgn A dengan Bhgn B dan gaul rata. masukkan kismis dan tuang dalam loyang
(5) Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak

Nov 15, 2010

AGAR2 LAPIS ( 151110 )

Excited nak buat walaupun jam dah dekat pukul 11malam. Agar2 lapis dari blog yateasbakes. Akhirnya berjaya menghabiskannya juga.
Komen sifu masakan (kak nor) : agar2 kena bagi lembut sikit, gula bagi lebih sikit, garam lebihkan sikit bagi lapisan santan rasa lemak.
Komen dari sifu tester (mr teh) belum lagi. Nanti saya update.Alkisahnya saya memang x pandai buat agar2.




Bahan2
Bahan A
12gm serbuk agar2
1 liter air
180gm gula pasir
perwarna merah

Bahan B
12gm serbuk agar2
1 liter santan
180gm gula pasir

Cara-cara
1- Masak A hingga mendidih
2- Masak pula B hingga mendidih
3- Tuang dalam bekas / loyang secara berselang-seli.
note : tunggu lapisan bawah hampir keras baru tuang lapisan yang seterusnya

Nov 9, 2010

TRIFLE - dessert

TRIFFLE (121110)
Percubaan ke-2. Agak mengecewakan sebab guna serbuk jeli premix konyaku. Lapisan atas keras sikit. Lepas ni kalau nak buat kena pakai crystal jelly ikut resepi. Huhuhuhu........
Kek span pandan di import dari sifu masakan (kak nor). Tak sempat nak buat.








TRIFLE (311010)
Idea spontan nak buat trifle. Saja suka-suka alhamdulillah menjadi.Komen kawan saya yang arif bab2 makanan ni (mr teh), trifle ni ok cuma kastard tu rasa macam pekat sangat


Kek tak cukup - buat 2 layer ja


Ini baru panggil trifle. Nanti nak buat lagi ................