Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Jan 16, 2012

Ikan Kukus Stim (Asam Boi)


Ni kali ke-3 hanim buat ikan stim asam boi. Sebelum ni tak sempat nak snap gambar dah abis kena baham. Kali ni hanim masak kuahnya hanim banyakkan sebab Mr hb suka kuah banyak. Resepi ni hanim ambil dari rumah raidah. Ok jom tengok resepinya



Ikan Kukus (Stim) Asam Boi ) 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris (hanim tak letak)
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
bunga kubis  (hanim tambah)
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
1 btg serai ~ diketuk
1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
1 camca teh tepung jagung (hanim tak letak)
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:
1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang

Dec 13, 2011

AYAM MASAK LADA HITAM

Sebab dah lama buat, hanim lupa resepi ni hanim ambil dari mana. Sukatan bahan2 pun dah lupa. Teruknya memori ni. Minta izin yer owner resepi...... Hanim suka masakan ni sebab bau lada hitam tu wangi. Sedap kalau guna bahagian yang banyak tulang

Lauk berminyak sikit sebab terlebih letak minyak.


Bahan-bahan

Bahan A
Isi ayam  (dihiris nipis2 - jgn terlalu nipis yer)
Tepung jagung
Lada sulah

Bahan B
Karot
Putik jagung
Bunga kobis
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
3sb sos tiram
3sb sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1- Campurkan bahan A dan goreng ayam hingga warna kekuningan
2- Bawang merah, bwg putih dan halia di tumbuk. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
3- Masukkan sayur-sayuran dan cili merah. Goreng sekejap
4- Masukkan isi ayam, sos tiram, sos lada hitam, garam dan gula secukup rasa
5- Bolehla dihidangkan bersama daun bawang 

Dec 12, 2011

RENDANG SOTONG

Sebab nak kejar masa hanim terpaksa rushing N3 blog ni. Resepi asal hanim ambil dari rumah mat gebu. Hanim buat basah2 sikit sebab nak bagi berkuah makan dengan nasi. Ok jom layanzzz .............

terlebih minyak ..... terpaksa buang sikit minyak tu sebelum makan


RESEPI ASAL

BAHAH-BAHAN

1 kg sotong saiz besar  (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
1- Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
2- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
3- Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

Oct 10, 2011

AYAM TIGA RASA ( 110911 ) - N3 tertunda

Kena rushing sikit ni sebab kesuntukan masa. Resepi asal hanim ambil dari umah dari kaksma. Seeedapp ..........


Resepi Asal


Bahan2:
Isi ayam...hiris bersihkan
1/2 biji lada bengala warna merah,kuning 
1biji bawang besar
3 biji bawang merah tumbuk halus
3 ulas bawang putih(cincang halus)
1/2 inci halia hiris halus
1 btg serai dititik
3 sudu cili kisar
1/2 biji nenas hiris kecil2
1/2 btg lobak merah juga dihiris
1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
3 biji putik jagung
bunga kobis dan tomato
daun limau purut
garam dan sedikit perasa dan gula
tepung jagung sebagai pemekat




caranya:
1- ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
2- panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
3- dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.
4- masukkan scili kisar dan serai.kacau lagi
5- kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
6- masukkan ayam dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut.
matikan api dan bolehlah dihidang...

Aug 16, 2011

Nasi Beriani & Dalca Ayam < 140811 >

Atas permintaan Mr Hb, hanim buat nasi beriani dengan dalca ayam. Ni dah kali ke-2 hanim buat. Masa mula2 buat tak sempat nak snap gambar. Ayam perap tu hanim beli kat Giant sebab nak makan cuma 5 ketul jer. Resepi nasi beriani hanim ambil dari blog kak ita . Resepi asal dari kak hanieliza dan dalca hanim ambil dari blog CMG. Ok jom layanzzz .......... 

 


Resepi asal

Bahan-bahan

Bahan A
1 kg beras basmati - dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap)
2 sudu makan rempah beriani - dibancuh dgn sedikit air
4 biji tomato - dipotong dadu
3 biji cili merah - dibelah 2
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 tangkai daun pudina - dimayang kasar2
1 tangkai daun ketumbar - dimayang kasar
2 cawan air (ita letak 3 cwn air)
1 cwn susu cair (ita guna 1 tin susu cair)
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cwn kismis
1/2 cwn gajus
garam secukup rasa
pewarna kuning dan oren

Bahan B
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inc halia - dihiris
rempah tumis (4 sekawan)
sedikit daun kari


Cara-cara
Panaskan minyak sapi dlm kuali. Tumiskan bahan B sehingga garing dan harum.
Masukkan rempah beriani yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina, kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar.
Rasakan masinnyer....
masukkan hasil tumisan kedalam periuk nasi yg telah tersedia beras di dlmnyer dan masak seperti biasa.
Apabila nasi telah kering titiskan pewarna dan biarkan kering.
Apabila nasi masak gemburkan nasi perlahan2 supaya nasi tidak patah2




Resepi asal
(asalnya dalca daging tapi hanim tukar dengan ayam)

BAHAN-BAHANNYA
400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
1 biji terung bulat, dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
2 biji kentang, belah 8 setiap biji
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
1 biji tomato, belah 8
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
700 ml santan cair
200 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas

BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris


CARA MEMBUATNYA
1.Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
2.Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan.
Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut.
Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
3.Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana.
Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan..

Mentaram Jawa

Manu seterusnya mentaram jawa. Hanim tak pernah buat. Teringin nak cuba sebab tempe dan bahan2 yang lain ada. Sumber dari ibu saudara hanim yang memang tebal kejawaannya. Ini salah satu lauk dalam menu nasi ambeng. Soo hoon hancur sikit tu yang nampak tak menarik. Tapi sedap ......



Bahan-bahan
Tempe , tahu ,potong kiub -goreng
Tauhu kering (pucuk) rendam toskan
Soo hoon - goreng kering
Udang kering - tumbuk kasar
Udand basah
Paru (kelempung) - hanim tak letak 
Bawang merah.putih
Cili mesin
santan
Lengkuas .halia ,serai di mesin
 Cara-cara
1- Tumis bawang, cili dan bahan yang di mesin sampi naik bau. Masukkan udang kering
2- Masukkan santan dan masak sampi pecah minyak…

3- Dah pekat masukkan tahu kering…masak sampai agak lg pekat..
4- Masukkan tempe …gaul2 sebati...
5- Maukkan Tauhu dan soo hoon goreng…gaul2
6- Masak jangan kering sangat & jgn sampai ada kuah..agak basah2 gitu…

Aug 1, 2011

Soto Ayam

Salam semua. Hanim dah lama buat soto ni tapi tak berkesempatan nak N3 dalam blog. Hanim masak campak2 ja ikut bahan2 yang hanim ada. Gambar pun blur sikit sebab snap pakai h/phone. Hanim kalau makan makanan berkuah, memang berbaldi2 kuah hanim ceduk. Tenggelam semua bahan soto tu. Seeedap ......


  
Resepi

Nasi impit segera

Beberapa ketul ayam
air secukupnya
Rempah sup (serbuk)
1 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan untuk Sambal Kicap
Beberapa batang cili padi
kicap lemak manis
sedikit gula

Bahan untuk bergedil -

kentang di potong dadu (goreng dan tumbuk)
isi ayam yang telah di rebus (di siat2)
bawang goreng (sedap kalau buat sendiri)
daun bawang
daun sup
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukup rasa
telur utk menggoreng

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
su'un yang digoreng

Cara-cara
(1) Panaskan minyak didalam periuk.
(2) Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
(3) Masukkan rempah sup dan kacau sebati 
(4) Masukkan air dan ayam.
(5) Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.


Cara membuat Sambal Kicap -
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus.
Sedia untuk digunakan.

Cara membuat Bergedil
Semua bahan-bahan di gaul dan kepalkan ikut saiz yang disukai
Celup dalam telur dan goreng

Jun 16, 2011

NASI TOMATO, AYAM MASAK MERAH & ACAR RAMPAI (110611)

Atas permintaan Mr hb, saya buat lagi nasi tomato. Resepi sama seperti sebelum ni cuma yang lainnya nasi tomato saya guna sos tomato. 

Tak sempat nak posing cantik2. Boleh lah yer posing yang paling simple ni


Dalam ayam masak merah ni saya tambah cili merah dalam 3biji, dimesin bersama2 bahan menumis (ikut cara mertua saya masak)


Resepi acar rampai

Bahan-bahan
Timun potong memanjang - jgn buang kulit (saya guna 1/2 biji)
Carrot potong memanjang  (saya guna 1/2 biji)
Sedikit air limau kasturi (dalam 2 biji mcm tu)
2 ulas bawang putih - dipotong 2
1 ulas bawang besar - dibelah 4
Cili merah - potong memanjang
sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak

Cara-cara
1- Tumis bawang putih dan bawang besar
2- Masukkan cili merah
3- Masukkan timun dan carrot.
4- Masukkan air limau, garam dan gula secukup rasa. Masak jangan sampai layu
5- Akhir sekali masukkan bijan dan kacau sekejap jer. Boleh la tutup api

** pesanan untuk diri sendiri juga  huhuhuhu............ Timun jangan dibuang kulit. Tak sedap, lembik.

Apr 27, 2011

Nasi tomato bersama lauk ( 230411 )

Atas permintaan Mr hb seekend kali ni saya buat nasi tomato guna beras basmathi. Dah 2 kali buat guna beras biasa tapi tak menjadi. Macam keras gitu. Mungkin sukatan air tak betul. Resepi ni saya ambil dari blog mat gebu (http://www.tiffinbiru.blogspot.com/). Saya masak lauk ayam masak merah (resepi pak engku) dengan jelatah.




NASI TOMATO

Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi (cuci, rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato di cincang halus
1/2 cawan sos tomato  (saya guna tomato sauce dlm tin - ikut my sifu kak nor)
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris  (mat gebu titik kan saja halia tu)
3 biji buah pelaga **
3 kuntum bunga cengkih **
1 kuntum bunga lawang **
1 batang kulit kayu manis **  (** rempah tumis)
Air ikut sukatan beras (mat gebu lebihkan 1/2 cawan)
garam secukup rasa

Cara-cara
1- Dalam periuk panaskan minyak dan mentega. Bila mentega cair masukkan rempah tumis, bwg merah, bwg putih, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi
2- Masukkan tomato cincang dan sos tomato. Kacau biar masak. Tuang susu dan air. Masak hingga mendidih. Matikan api
3- Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker. Masukkan garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca teh). Gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. masak seperti biasa dan balik2an nasi bila betul2 masak.
4- Hias dengan hirisan daun sup, daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum di hidangkan.

note ; bila rice cooker off, biarkan sekejap dan tekan semula. Ulang cara ni hingga nasi betul2 masak



AYAM MASAK MERAH  (resepi pak engku)

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - dikisar (*)
2 ulas bawang putih - dikisar (*)
2 inci halia - dikisar (*)
200gm cili kering - rendam sampai lembut dan di kisar
3 batang serai - dikisar (*)
2 inci lengkuas - dikisar (*)
rempah tumis - bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
1/4 tin susu cair
minyak untuk menumis
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puree
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1- basuh ayam bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak. Angkat dan toskan
2- panaskan minyak dan tumis rempah tumis dengan bahan kisar (*) hingga kekuningan barulah masukkan cili kering yang telah di kisar
3- masak hingga naik minyak barulah masukkan sos cili, tomato puree dan susu cair
4- masukkan garam dan gula secukup rasa  (masukkan serbuk perasa jika suka)
5- masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam



JELATAH

Bahan-bahan
timun - dihiris
nenas - dihiris
cili merah - dihiris
bawang merah - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
gaulkan semuanya dan masukkan garam dan gula secukup rasa


Ayam Masak Beriani

Lepas buat kerutup ayam, teringin pulak nak mencuba resepi ni. Ayam Masak Beriani dari blog kak hanieliza hanieliza.blogspot.com. Lauk ni sedap kalau makan dengan nasi minyak atau nasi beriani. Saya buat x banyak jadi sukatan pun ikut sedap letak ja.





Resepi asal

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong kecil)
4 sudu rempah beriani (bancuh dengan sedikit air)
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji buah tomato (di belah 4)
3 biji buah tomato masak/ranum (mesin dengan 1 cawan air)
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar (belah 4)
1 pokok daun ketumbar (potong kasar)
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan tumis
2cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak secukupnya untuk menumis

Cara
1- Ayanm di buang kulit dna basuh. Toskan
2- Panaskan minyakdan tumis bahan tumis hingga wangi
3- Masukkan bahan tumbuk dan rempah beriani yang di bancuh dengan air
    . Kacau rata hingga naik minyak
4- Masukkan buah tomato yang di mesin dan tomato puree. Biarkan sehingga lembut
5- Masukkan ayam dan yogurt. Masak hingga pekat dan naik minyak
6- Masukkan buah tomato yang di belah, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar. Masukkan garam secukup rasa
7- Bila dah nampak layu boleh tutup api dan boleh la di hidang.


Apr 12, 2011

KERUTUP AYAM ( 090411 )

Weekend baru2 ni saya saja nak ubah selera masak lauk pulak. Resepi ni saya ambil dari blog kat hanieliza hanieliza.blogspot.com. Mr hb kata kalau masak dengan daging lagi sedap (sebab hb suka daging). Saya N3 resepi dulu yer. Gambar tak sempat nak upload. My soldiers selalu kacau bila tengok umi dia orang buka pc. Insyaallah minggu ni saya N3 gambar.

Inilah hasilnya. Sorry lambat upload ...........



Resepi :
Bahan-bahan
1 ekor ayam (buang kulit & potong kecil)
2 s/b rempah kari  ( ** )
2 s/b rempah kurma  ( ** dibancuh )
2 cawan santan
1 s/b gula merah 
1 s/b kerisik
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan Kisar
100 gm bawang merah goreng 
2 biji buah keras
2cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara
1- Tumis bahan kisar hingga garing
2- Masukkan rempah dan kacau hingga sebati
3- Masukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan. Biarkan hingga mendidih
4- Masak hingga pekat dan ayam lembut
5- Pastikan kacau sekali sekala 
6- Hidangkan dengan nasi atau roti