Apam mekar ni hanim buat atas permintaan anak hanim yang no.1. Suka sangat dia dengan apam ni. Minta izin tuan empunya resepi. Hanim terlupa nak take note nama owner resepi apam ni. Dah lama hanim copyright. Apam ni lembut ........
APAM MEKAR (resepi asal)
Bahan-bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan
Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts
Jan 16, 2012
Apam Beras Marble
Geram tengok apam beras marble yang kak ct buat. Punyalah berkobar-kobar nak buat apam ni sampai sanggup tido pukul 12t/mlm. Nak kukus esoknya takut tak sempat nanti lewat pulak pegi keja. Lepas selesai makan malam terus hanim buat adunan ni. Sebab nak perap dalam 3jam macam tu.
Tak tahulah jadi ke tak marble tu. Mengantuk punya pasal. Main hentam letak ja warna adunan tu. Apa2 pun kita layanzz resepi ni.
Apam Beras Marble (resepi asal)
Resipi asal: Azita Kitchen
Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cwn gula pasir *
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut (digaul dengan sedikit garam jika suka)
* boleh juga diganti dengan kedua2nya gula pasir
Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebat
Dec 12, 2011
Apam Pelangi (161111)
Pukul 5 pagi hanim dah bangun buat apam pelangi ni. Si abang minta buatkan apam malam tadi. Takut tak sempat kukus dalam paper cup, hanim kukus jer pakai loyang. Nanti lambat pulak pegi keja. Resepi asal hanim ambil dari blog kak ilahjy. Kalau nak tengok resepi link kat sini yer apam pelangi.
Jom layanzzz ................
Jom layanzzz ................
Oct 18, 2011
Apam Polka Dot lagi ...........
Kali ni hanim ikut tips2 dari jintanmanis. Hasilnya apam ni geebuss ...... Tq jintanmanis atas tips2 tu. Resepi sama seperti sebelum ni. Selamat mencuba.......
note ; mcmana nak kurangkan bau telur ????????
note ; mcmana nak kurangkan bau telur ????????
Jul 4, 2011
Apam
Salam semua. Apam ni hanim dah lama buat tapi tak sempat nak n3. Sibuk dengan kerjaya di pejabat dan di rumah. Resepi ni hanim ambil dari rumah mat gebu. Macam tak puas hati sebab tak segebu apam yang mat gebu buat. Kena berguru dengan cik mat la macam ni. Apa2 pun sedap ...... .Hanim suka makan apam ni dengan sambal ikan bilis, tapi dengan kelapa pun ok gak. Jom layannzzz ..............
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus ( mat letak 3/4 cwn )
6 gm instant yeas ( mauripan )
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
sedikit pewarna makanan
kelapa parut putih secukupnya *
secubit garam * ( * gaul rata dan kukus sekejap )
cara-cara
1- satukan tepung beras, tepung gandum, gula halus, yis dan gaul rata.
2- kisar nasi sejuk tadi dengan air hingga halus. tuang dalam (1) dan kacau rata dengan whisk hingga sebati dan rata. Perap 1 jam
3- panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
4- letak pewarna dalam adunan apam, kacau rata.
5- sudukan hampir penuh pada setiap acuan dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. ( mat kukus 10minit )
6- sejukkan apam sebelum dikeluarkan dari acuan. hidangkan dengan kelapa parut
note : kalau nak merekah kukus dengan api kuat, balut penutup kukus untuk elak air jatuh
May 16, 2011
Yogurt Steamed Cupcake ( 090511 )
Resepi ni saya ambil dari blog kak nor. Dah lama teringin nak buat apam ni. Akhirnya tercapai jua ....... Lembut dan gebusss .......... Suka sangat. Saya buat 2 saiz. Yang kecil tu untuk anakku dan yang besar tu ole2 utk member office. Anakku suka makan panas2. Tak sempat nak abis masak 2nd trip, 1st trip punya apam dah abis.
Bahan-bahan
2 cawan gula (saya guna 1 1/2cawan )
1 sk ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yogurt
2 biji telur
1/2 sk double acting baking powder
1 sk serbuk koko
1 sk coklat paste
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1-Pukul semua hingga adunan menjadi putih dan gebu
2-Asingkan sedikit adunan utk topping ( lebih kurang 5sb ). Campur dengan serbuk koko dan coklat paste.
3- Masukkan adunan dalam cup dan letakkan 1sk adunan warna koko di atas cup.
4- Kukus selama 15 - 20 minit.
notes: bagi mereka yang x mahir masak mcm saya ni, guna api sederhana.
Bahan-bahan
2 cawan gula (saya guna 1 1/2cawan )
1 sk ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yogurt
2 biji telur
1/2 sk double acting baking powder
1 sk serbuk koko
1 sk coklat paste
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1-Pukul semua hingga adunan menjadi putih dan gebu
2-Asingkan sedikit adunan utk topping ( lebih kurang 5sb ). Campur dengan serbuk koko dan coklat paste.
3- Masukkan adunan dalam cup dan letakkan 1sk adunan warna koko di atas cup.
4- Kukus selama 15 - 20 minit.
notes: bagi mereka yang x mahir masak mcm saya ni, guna api sederhana.
Feb 28, 2011
APAM BOLSOM aka APAM DOT-DOT ( Feb '11 )
Apam dot-dot - akhirnya terlaksana juga bila dah beberapa kali tertangguh nak buat. Resepi ni saya ambil dari blog kak nor (nanti saya update). Saya guna filling kacang merah.
Kali pertama buat (120211) tanpa paper cup. Banyak yang lekat pada acuan lompang
Kali kedua buat (130211)
Kali ketiga buat (150211) untuk anakku. Apam tanpa filling
Buah tangan untuk mertua
Resepi
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275g tepung gandum
200g gula halus
150g susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Fillling ( blueberry, kacang merah )
Pewarna
Cara-cara
1- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kixer dan pukul dengan kelajuan maksima selama 6 ~ 8 minit
2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yang digemari
3- Masukkan separuh adunan ke dalam paper cup yang di letak dalam acuan lompang
4- Letakkan filling dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh
5- Kukus dengan api sederhana selama 10 minit (air kukusan dipanaskan terlebih dahulu hingga mendidih)
nota : api kukusan jangan terlalu kuat nanti permukaan apam pecah
Dec 23, 2010
APAM BUTTER (191210)
Saya saja nak ubah angin buat kuih yang kena kukus. Alhamdulillah menjadi.
Sedap dan lembut. Dah lama simpan resepi ni tapi tak pernah mencuba.
Kepada tuan empunya resepi minta izin ya.
Resepi
Bahan-bahan
Bhgn A
1 cawan gula
1 cawan air
250gm butter
Bhgn B
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung
1 tin susu cair
2 tsp soda bikarbonat
Cara-cara
1- Bhgn A : Gula masak dengan 1 sudu besar air hingga hangus.
Kemudian masukkan baki air & butter
2- Bhgn B
2-a : Telur dan gula dipukul hingga kembang
2-b : Masukkan tepung kemudian susu cair
2-c : Masukkan Bhgn A dan kacau rata
2-d : Minyakkan cawan lompang dan panaskan dalam kukusan
2-e : Tuang adunan 3/4 penuh dan kukus selama 20minit dan angkat
2-f : Keluarkan apam dari cawan dan sejukkan
Dec 16, 2010
APAM PELANGI ( Dec '10 )
Percubaan pertama menjadi. Saya ambil dari blog ....... (maaf terlupa nak note nama blogger tu. minta izin kat sini yer). Struktur yang lembut dan gebu. Struktur apam dalam gambar tu x cantik sebab panas2 lagi dah potong. Peminat setia (anakku) x sabar2 nak makan
Resepinya
Bahan2nya
- 4biji telur
- 2 sudu teh ovallet
- 1 sudu teh esen vanilla
- 300gm tepung gandum
- 300gm gula halus
- 250 santan
- 1 sudu teh baking powder
- pewarna
Cara2nya
- Pukul telur, gula dan ovallet sampai gebu
- Masukkan santan dan esen vanilla dan kacau sebati
- Masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder. Kacau rata
- Bahagi adunan kepada beberapa warna yang anda suka
- Tuang selapis selapis hingga habis
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
Apr 20, 2010
Apam (kukus) [ 170410 ]
Subscribe to:
Posts (Atom)




