Sep 6, 2011

TART NENAS NYONYA

Salam lebaran buat semua. Minggu ni hanim dah mula kerja. Malllasss nak mengadap PC. Memory pun dah banyak error sampai password email off pun dah lupa. Raya mood lah katakan. Ok lah hanim akan N3 kuih raya yang hanim buat tahun ni. Sorry sebab too slow nak update


Tahun ni tertunailah hajat nak buat tart nenas ni. Selalu hanim buat tart gulung jer. Resepi ni hanim ambil dari rumah kak ita. Resepi asal dari Kak Jee. Gebusss ......  Jem nenas tu hanim beli kat supermarket jer. Tak sempat sebab last2 minit plan buat tart ni


(Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji)       
         
Bahan-bahan300 gm tepung gandum        
4 sudu besar tepung jagung        
3 sudu gula ising        
200 gms butter        
2 kuning telor sahaja       
       
jem nenas        
         
Cara-cara1- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.        
2- Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.        
3- Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.       
4- Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).        
5- Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.       
6- Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter .        
7- Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh.        
    1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar.
    Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak.        
8- Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik & kayu canai tu gelek atas plastik.       
    Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat   
    penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan
    adunan dari melekat2.       
9- Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.       
10- Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap
     tadi. Buat hingga habis.       
11- Bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau hingga 
 
     masak.       
12- Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
      Simpan dalam bekas kedap udara.      

No comments:

Post a Comment