Jun 25, 2010

ORANGE * POPPYSEED MUFFIN ( resepi dari mat gebu )

Muffin ni saya ambil dari resepi mat gebu (maaf copyright). Tapi di ubah sedikit sebab tak cukup bahan. Saya gantikan poppyseed dengan coklat rice, tak letak kulit limau dan tabur badam yang dicincang . Rasa sedap. Kawan2 pun komen sedap.

sebelum di bakar


selepas di bakar

Resepi original

ORANGE & POPPYSEED MUFFIN

  • 125g butter
  • 125g gula perang
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 1/2 camca teh garam halus ( kalau guna unsalt butter )
  • 150g tepung halus ( tepung gandum pun ok * )
  • 1 camca teh baking powder *
  • 10g susu tepung * ( * disatukan dan di ayak )
  • 25g serbuk badam
  • 2 biji telur gred A
  • 15g poppyseed ( biji kas2 )
  • 1 biji oren, parut kulitnya & perah jus


Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih
  3. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang
  4. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata
  5. Satukan tepung yang telah diayak bersama poppyseed dan serbuk badam, gaul rata
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan jus oren hingga habis
  7. Gaul rata
  8. Sudukan ke dalam muffin cup atau paper cup 3/4 penuh
  9. Buat hingga siap dan bakar 12-15 minit

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment