Oct 14, 2010

KEK SPAN PANDAN (131010)

Atas permintaan anakku minta buatkan kek. Tak sempat kek tu betul2 sejuk, dia dah nak makan. Sedap gak makan panas2


selepas bakar

bahagian bawah kek mendap







Resepi kek span (copyright dr website)
Bahan2
150gm tepung (tgandum / superfine)
150gm gula kastor
5 biji telur
1 sudu besar ovalette
80ml air daun pandan
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit pewarna hijau
Cara-cara
(1) Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur
(2) Pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang 5 minit hingga adunan pekat dan gebu
[bergantung pada kelajuan pengadun]
(3) Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan & pewarna hijau
(4) Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga adunan benar2 ringan
(5) Tuang minyak/mentega cair dan gaul dengan senduk hingga sebati
(6) Sediakan tin pembakar bulat / 4 segi ukuran 8 inci
(7) Griskan dasar dan lapik dengan kertas serap minyak
(8) Bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan suhu 150 ~ 180 ° celcius
** bila dah masak, telangkupkan atas redai lebih kurang 5 minit untuk elakkan kek kempis

No comments:

Post a Comment