Sep 27, 2010

Death By Chocolate Cake ( 250910 )

Ikutkan hari ni malas nak buat apa2. Agaknya sebab dah lama tak buat kek (almaklumlah berpantang) anakku yang sulung minta buatkan kek. Dia suka kek coklat. Fikir punya fikir saya pilih kek ' death by chocolate cake '. Resepi dari blog mat gebu ( maaf copyright). Puas hati dengan kek coklat ni. Sedap sangat. Yummmyy ................



Rupanya selepas siap bakar

Letak topping & taburkan coklat rice






Selebihnya isi dalam cup dgn hiasan ' i luv u ' (kata anakku)



Resepi "Death by Chocolate Cake "


Bahan-bahan
1 cawan mentega (dicairkan)
3 biji telur gred A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1 camca teh baking powder *
1 camca teh soda bikarbinat *
[ * di satukan dan di ayak ]
1 cawan air panas

1 cawan susu cair
secubit garam



Cara-cara
(1) Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata
(2) Masukkan susu, garam dan mentega cair, kacau rata
(3) Masukkan campuran tepung (*) sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik hingga sebati
(4) Masukkan air panas dan kacau rata
(5) Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 50minit ~ 1jam atau hingga masak


No comments:

Post a Comment