Sep 20, 2010

Kek Birthday Papa (110710)

Kek ni sempena b'day suamiku tersayang. Sedap sangat kek ni.
Resepi dari "Kek Coklat Kukus Zaiima"
Bahan-bahannya
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak (ganti butter cair lagi sedap)
1/2 cwn susu manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1tsp baking powder
1tsp soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara
(1) Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak dlm periuk dan
masak sebentar atas api kecil hingga semua larut
(2) Tutup api biarkan adunan suam
(3) Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder
(4) Pukul telur hingga kembang dan campurkan dengan campuran (1)
(5) Gaul rata dan campurkan bahan (3)
(6) Gaul sebati dan tuang dalam acuan & jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik
[tuang dalam 1/2 acuan]
(7) Tutup acuan dengan aluminium foil agar tak masuk wap
(8) Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan


Selepas di kukus

Topping


Decoration - boleh la kut. Tak expert sangat

No comments:

Post a Comment