May 16, 2011

Kek Gulung

Resepi ni saya ambil dari blog kak dayang. Kek lembut dan gebu tapi sayang seribu kali sayang tak boleh nak gulung. Mungkin kek ni tebal sikit kut. Kulit luar pulak senang tertanggal. Sebab tak boleh nak gulung, saya lapis dengan jem blueberry. Saya cuma buat corak biasa sebab tak confident lagi. Pembaca boleh la tgk kat blog kak dayang. Cantik corak yang kak dayang buat.

 
sebelum di bakar

selepas di bakar


Resepinya

Bahan-bahan
70gm tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
600 gm gula kastor
60 ml minyak masak / minyak jagung
1 sk esen vanilla
2 sk ovallete
Pewarna

Cara-cara
1- Panskan oven 170 ~ 180°C. Sediakan loyang swiss roll dan alaskan baking paper. Sapukan sedikit mentega
2- Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak dan pewarna dalam mangkuk adunan dan putar hingga gebu.
3- Tuang minyak masak sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu
4- Ambil 2 sudu besar adunan dan warnakan. Tuang adunan ke dalam loyang dan buat corak di atasnya.
5- Bakar hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (kak dayang guna suhu 180°C dan bakar selama 17 minit). Kepanasan suhu bergantung pada suhu masing2.
6- Setelah masak keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
7- Sapukan dengan jem ikut citarasa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak hanim.. kalau sy nak buat banyak.. kena gandakan sukatan adunan ke? Macam telur kena 6 biji ke? :)

    ReplyDelete