Jun 1, 2011

kek marble

Atas permintaan FIL, saya cuba buat kek marble ni. Resepi kek ni saya ambil dari blog mat gebu. Sedap & lembut. Corak marble yang saya buat tak berapa cantik. Mungkin sebab guna banyak warna agaknya. Ok lah jom layan resepi kek ni


Resepi Asal

Bahan-bahan
300gm mentega  ( pada suhu bilik )
280gm tepung halus  ( tepung gandum pun ok ) *
1 camca teh serbuk penaik *
1 camca besar susu tepung *  ( * disatukan dan siayak )
5biji telur gred A
250gm gula kastor
1 camca besar ovallete
30gm gliserin 
20gm air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara
1- Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang di ayak tadi. Gaul rata dengan mentega. Ketepikan
2- Dalam mangkuk yang kering dan bersih, satukan telur, gula dan ovallete
3- Menggunakan kelajuan yang tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih bahulu
4- Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul rata
5- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bhgn dicampur coklat emulco, 1 bhgn lagi straberi emulco dan 1bhgn adunan kosong dicampur dengan esen vanilla. (perisa bergantung pada kehendak masing2)
6- Lenser tin kek berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7- Bila sudah siap, ambil chopstik atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan cukup sekadar 3-4 kali pusingan
8- Bakar pada suhu 175°C selama 40-45 minit bergantug pada oven masing2. Jika selepas 45minit dan apabila dicucuk dengan lidi sati bhgn tgh2 kek dan hasilnya tidak kering, tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk dan tambah masa membakar 5-10minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan dari tin dan sejukkan
# tujuan meletak tudung periuk ialah untuk mengelakkan kek jadi hangus pada permukaannya.

No comments:

Post a Comment