Jan 16, 2012

Ikan Kukus Stim (Asam Boi)


Ni kali ke-3 hanim buat ikan stim asam boi. Sebelum ni tak sempat nak snap gambar dah abis kena baham. Kali ni hanim masak kuahnya hanim banyakkan sebab Mr hb suka kuah banyak. Resepi ni hanim ambil dari rumah raidah. Ok jom tengok resepinya



Ikan Kukus (Stim) Asam Boi ) 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris (hanim tak letak)
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
bunga kubis  (hanim tambah)
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
1 btg serai ~ diketuk
1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
1 camca teh tepung jagung (hanim tak letak)
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:
1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang

6 comments:

  1. need more rice to go with this dish, sound so yummy!

    ReplyDelete
  2. As'salam Hanim

    Semalam gi blog Tun ada ikan stim gak..masuk hari ni Hanim buat juga :) menu sihat ni kalau makan dengan nasi hangat mahu habis sepinggan ikan tu kena ratah..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam jumaat... akak buat kunjung balas...sedap2 masakan di sini.... jemputlah singgah selalu ke blog akak..

    ReplyDelete
  4. Assalam rose ,akak guna agar2 brand rose mmg 1 pkt 13gm

    ReplyDelete
  5. Salam Rose :)
    Roses lagi sedap dipgglkan hehehe

    mama pun suka ikan yg distim begini... kalau msk tak ckp seekor!!!
    best kan mkn nasi panas2x tak hingat org lalu blakang hahaha

    ReplyDelete