Ni kali ke-3 hanim buat ikan stim asam boi. Sebelum ni tak sempat nak snap gambar dah abis kena baham. Kali ni hanim masak kuahnya hanim banyakkan sebab Mr hb suka kuah banyak. Resepi ni hanim ambil dari rumah raidah. Ok jom tengok resepinya
Ikan Kukus (Stim) Asam Boi )
Bahan-bahan:
1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris (hanim tak letak)
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
bunga kubis (hanim tambah)
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
1 btg serai ~ diketuk
1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
1 camca teh tepung jagung (hanim tak letak)
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang
Cara penyediaan:
1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang
need more rice to go with this dish, sound so yummy!
ReplyDeletehi sonia,
ReplyDeleteyup, u are right
As'salam Hanim
ReplyDeleteSemalam gi blog Tun ada ikan stim gak..masuk hari ni Hanim buat juga :) menu sihat ni kalau makan dengan nasi hangat mahu habis sepinggan ikan tu kena ratah..hehehe
salam jumaat... akak buat kunjung balas...sedap2 masakan di sini.... jemputlah singgah selalu ke blog akak..
ReplyDeleteAssalam rose ,akak guna agar2 brand rose mmg 1 pkt 13gm
ReplyDeleteSalam Rose :)
ReplyDeleteRoses lagi sedap dipgglkan hehehe
mama pun suka ikan yg distim begini... kalau msk tak ckp seekor!!!
best kan mkn nasi panas2x tak hingat org lalu blakang hahaha