Jan 16, 2012

LIGHT CHEESE CAKE

Memangdangkan kat fridge tu ada baki cream cheese, jadi hanim cuba buat light cheese cake ni istimewa untuk Mr hb. Hanim tak suka cheese cake tapi Mr hb miiiiinat sangat. Resepi ni hanim ambil dari umah sue-hasue. Cara2 membuat kek ni diterangkan dengan jelas dan lengkap dengan gambar sekali.

Kek ni lembut dan gebu. Tapi kek tu hanim bakar kurang garing jadi di dalamnya macam soft sangat gitu. Percaya atau tidak terpaksalah hanim bakar semula kek tu. Tak kisahlah janji boleh makan .......




LIGHT CHEESE CAKE  (resepi asal)


Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara-cara
1- Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan. Biar cair..kacau selalu supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang. Tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api
2- Sediakan 2 bekas. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak.
Bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu. Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan atau dipanggil 'soft peak'.
3- Dalam bekas berisi kuning telur, pukul seketika. Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..
4- PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini
Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi. Kacau seketika.
5- Ayak tepung sedikit demi sedikit, ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati
6- Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan.
7- Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan
8- Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.
9- Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin / mentega lepas tu tabur tepung
10- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris
11- Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.

No comments:

Post a Comment