Jul 5, 2013

July 2013 Blog Giveaway by LIN HOMEMADE GREETING CARD

JOM JOIN JULY 2013 BLOG GIVEAWAY by LIN HOMEMADE GREETING CARD LHGC


July 2013 Blog Giveaway


1. Everyone is eligible to enter. I accept local and international entries.

2. You have to promote my giveaway at your site either at your blog or your Facebook, ....just be sure you paste a photo of the giveaway and the link.

3. After you have pasted the photo and link at your site, copy the link and paste it at Mr Linky. Be sure to write your name there too.

4. For bloggers, please follow my blog and for Facebook users, please LIKE my Fan Page at the link HERE.



SELAMAT BERJAYA ..............

Apr 24, 2013

Apr 17, 2013

"Giveaway by DI #2"






Syarat



1) Warganegara Malaysia.

2) Follow blog, follow twitter, like fanpage, follow friends, klik iklan dan like gambar sponsor yang akan letak di bawah ni k giveaway-by-di-2
3) Copy banner dan backlinkkan ke entry ini.

4) Tulis tajuk "Giveaway by DI #2"

5) Tinggalkan link entry di entry ini sahaja.



Apr 12, 2013

LAGI LAGI GA ...........

Jom join GA lagi ....................




Jom kawan2 join GA lagi ................

JOM JOIN GA LAGI ...........






syarat sangat mudah :

1. terbuka kepada pemilik blog yang ada alamat di Malaysia.

2. buat entry dengan tajuk "Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com", link ke entry di sini
3. tinggalkan link entry kengkawan kat kotak komen ye.

4. selesai.



hadiah :

tentulah perfume kan.....

sebanyak 5 perfume akan diberi kepada kengkawan yang bertuah yang ditaja khas oleh houseofdiza.blogspot.com





pemenang :

pemenang akan dipilih secara undian.....

keputusan akan dimaklumkan paling awal adalah pada 16.04.2013.....

inshaa Allah





tarikh GA:

08.04.2013 - 14.04.2013 (jam 2400)





selamat menjoinkan diri ye kengkawan





JOM RAMAI2 JOIN GA MAZMADI ..............

Apr 11, 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEMAY "Suka-suka nak bagi hadiah ................. "



Hadiah yang paling saya suka ialah jambangan bunga mawar (kecuali warna pink). Saya suuukaaa sangat bunga mawar merah. Bunga adalah sinonim dengan wanita. Teruja rasanya kalau dapat jambangan bunga mawar.

http://lizahanum.blogspot.com/2013/04/my-big-giveaway.html

Dec 31, 2012

" JOM JOIN GIVEAWAY 2013 "


" JOM JOIN GIVEAWAY 2013 "  di blog SWEET LIZAHANUM. Klik link di
sini

May 24, 2012

Happy Birthday Haiqal (N3 yang dah bersawang)

salam semua ......
lama bebenor rasanya tak update blog. PC masih tak ok lagi so slow down sikit la xtvt.

semalam  ( 1/May ) hanim buat kek b'day utk anak hanim yang no.1 - haiqal. Lewat sehari celebrate b'day sbb 30hb hanim keja. Hanim buat kek span perancis dgn ganache coklat dari umah kak ita (masam manis). Nanti hanim update link umah kak ita yer.  Memang sedap cuma deco yang hanim buat yang tak cantik. Kononnya nak ikut cara kak ita deco, tapi tak menjadi. Hu hu hu hu hu ............... Tangan mmg keras tak berseni kalau nak deco kek. Sedih lak bila tuan empunya kek komen "nape umi buat kek ni comot?". Tapi bila dah siap semuanya ada hati pulak nak bawa ke sekolah. Kek tu hanim buat marble. Tak nak ambil risiko buat layer mcm kak ita buat. He he he he .....

jom jamu mata






Adoi ...........
Fade up nya nak upload gambar ni. Ada lagi satu gambar tapi berjam2 nak upload.
Ok lah kita on dulu dengan posting ni k.

Sebenarnya ada lagi N3 yang bersawang. Mr hb tak sempat nak upload gambar. Hu hu hu hu ......

Jan 16, 2012

Ikan Kukus Stim (Asam Boi)


Ni kali ke-3 hanim buat ikan stim asam boi. Sebelum ni tak sempat nak snap gambar dah abis kena baham. Kali ni hanim masak kuahnya hanim banyakkan sebab Mr hb suka kuah banyak. Resepi ni hanim ambil dari rumah raidah. Ok jom tengok resepinya



Ikan Kukus (Stim) Asam Boi ) 


Bahan-bahan:
1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris (hanim tak letak)
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
bunga kubis  (hanim tambah)
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
1 btg serai ~ diketuk
1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
1 camca teh tepung jagung (hanim tak letak)
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:
1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang

Apam Mekar

Apam mekar ni hanim buat atas permintaan anak hanim yang no.1. Suka sangat dia dengan apam ni. Minta izin tuan empunya resepi. Hanim terlupa nak take note nama owner resepi apam ni. Dah lama hanim copyright. Apam ni lembut ........



APAM MEKAR   (resepi asal)

Bahan-bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas


Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan

Apam Beras Marble

Geram tengok apam beras marble yang kak ct buat. Punyalah berkobar-kobar nak buat apam ni sampai sanggup tido pukul 12t/mlm. Nak kukus esoknya takut tak sempat nanti lewat pulak pegi keja. Lepas selesai makan malam terus hanim buat adunan ni. Sebab nak perap dalam 3jam macam tu.

Tak tahulah jadi ke tak marble tu. Mengantuk punya pasal. Main hentam letak ja warna adunan tu. Apa2 pun kita layanzz resepi ni.



Apam Beras Marble   (resepi asal)
Resipi asal: Azita Kitchen


Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cwn gula pasir *
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut (digaul dengan sedikit garam jika suka)
* boleh juga diganti dengan kedua2nya gula pasir

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebat

LIGHT CHEESE CAKE

Memangdangkan kat fridge tu ada baki cream cheese, jadi hanim cuba buat light cheese cake ni istimewa untuk Mr hb. Hanim tak suka cheese cake tapi Mr hb miiiiinat sangat. Resepi ni hanim ambil dari umah sue-hasue. Cara2 membuat kek ni diterangkan dengan jelas dan lengkap dengan gambar sekali.

Kek ni lembut dan gebu. Tapi kek tu hanim bakar kurang garing jadi di dalamnya macam soft sangat gitu. Percaya atau tidak terpaksalah hanim bakar semula kek tu. Tak kisahlah janji boleh makan .......




LIGHT CHEESE CAKE  (resepi asal)


Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara-cara
1- Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan. Biar cair..kacau selalu supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang. Tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api
2- Sediakan 2 bekas. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak.
Bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu. Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan atau dipanggil 'soft peak'.
3- Dalam bekas berisi kuning telur, pukul seketika. Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..
4- PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini
Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi. Kacau seketika.
5- Ayak tepung sedikit demi sedikit, ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati
6- Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan.
7- Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan
8- Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.
9- Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin / mentega lepas tu tabur tepung
10- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris
11- Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Salam semua. dah lama hanim tak bersiaran yer. Apa kan daya PC kat umah rosak. Jadi hanim tak dapat nak upload gambar. Atas pertolongan Mr hb, hari ni barulah hanim berkesempatan upload masakan yang hanim buat di akhir 2011. Boleh yer .....

Resepi kek coklat kukus ni hanim ambil dari rumah homesweethome. Hanim buat 1/2 adunan untuk cupcake. Memang mudah dan sedap kek ni.



 

Resepi asal

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Sumber: AlongRoz @ MyR

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"

100 gram serbuk koko *
250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
1 tin susu isian cair*
200 gram minyak masak sayuran*
250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:-
1- Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2- Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
3- Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4- Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)

Dec 13, 2011

AYAM MASAK LADA HITAM

Sebab dah lama buat, hanim lupa resepi ni hanim ambil dari mana. Sukatan bahan2 pun dah lupa. Teruknya memori ni. Minta izin yer owner resepi...... Hanim suka masakan ni sebab bau lada hitam tu wangi. Sedap kalau guna bahagian yang banyak tulang

Lauk berminyak sikit sebab terlebih letak minyak.


Bahan-bahan

Bahan A
Isi ayam  (dihiris nipis2 - jgn terlalu nipis yer)
Tepung jagung
Lada sulah

Bahan B
Karot
Putik jagung
Bunga kobis
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
3sb sos tiram
3sb sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1- Campurkan bahan A dan goreng ayam hingga warna kekuningan
2- Bawang merah, bwg putih dan halia di tumbuk. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
3- Masukkan sayur-sayuran dan cili merah. Goreng sekejap
4- Masukkan isi ayam, sos tiram, sos lada hitam, garam dan gula secukup rasa
5- Bolehla dihidangkan bersama daun bawang 

Dec 12, 2011

Apam Pelangi (161111)

Pukul 5 pagi hanim dah bangun buat apam pelangi ni. Si abang minta buatkan apam malam tadi. Takut tak sempat kukus dalam paper cup, hanim kukus jer pakai loyang. Nanti lambat pulak pegi keja. Resepi asal hanim ambil dari blog kak ilahjy. Kalau nak tengok resepi link kat sini yer apam pelangi.

Jom layanzzz ................

RENDANG SOTONG

Sebab nak kejar masa hanim terpaksa rushing N3 blog ni. Resepi asal hanim ambil dari rumah mat gebu. Hanim buat basah2 sikit sebab nak bagi berkuah makan dengan nasi. Ok jom layanzzz .............

terlebih minyak ..... terpaksa buang sikit minyak tu sebelum makan


RESEPI ASAL

BAHAH-BAHAN

1 kg sotong saiz besar  (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
1- Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
2- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
3- Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

KEK KAROT

Salam semua
Hanim nak upload N3 yang tertunda. Tak sempat nak update blog. Kat office tengah bz sekarang ni. Nak update kat umah almaklumlah ........  my soldiers2 memang tak boleh tengok umi dia orang mengadap PC. Ok la straight to the point. Resepi kek carrot ni hanim ambil dari myresepi oleh nure. Percubaan pertama menjadi. Sedap. Hanim dah buat 3 kali. Kali kedua hanim buat topping untuk farewell kawan sekerja. Kawan2 kata sedap. Ok jom layanzzz





Resepi asal (utk 8~10 org)

Bahan-bahan
4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan asingkan putih dan kuning)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)
120gm gula kastor
100gm brown sugar (hanim letak semua gula kastor)

bahan di ayak
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk cinnamon (hanim tak letak)
1 1/2 sudu teh baking soda
100gm walnut (dicincang sedikit)
1 sudu teh garam

Untuk Topping
120gn butter
250gm creamcheese
120gm gula ising

 CARA-CARA

1- Pukul kuning telur, kmeudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis) dan carrot. Kacau sebati masukkan walnut
2- Masukkan bahan yang diayak. Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam
3- Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang (soft peak form). step ni penting! dan masukkan dalam adunan kek tadi
4- Bakar pada suhu 170C selama 50 minit


TIPS :
a) bila dah masak, cucuk dengan lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi nampak berminyak maksudnya belum masak betul. Kurangkan suhu ke 150C - 160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar2 masak
b) untuk topping, pukul semua hingga sebati dan ringan. Hias atas kek yang telah disejukkan
pada suhu bilik kemudian tabur dengan hirisan almond atau kelapa kering yang digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu (optional)