Biskut ni adalah biskut kegemaran ku dan anakku. Mula2 buat satu adunan ja. Tup2 tgk peminat setia tu dah sental dekat suku balang. Terpaksalah buat sadu adunan lagi. Sedap .........
Resepi ni copyright dari blog hanieliza.
Bahan2
225gm butter
110gm gula ising (saya guna gula halus 100g - kena ayak )
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila
70gm tepung jagung - ayak
120gm tepung kastard - ayak
170gm tepung rose / tepung gandum (saya guna tepung gandum) - ayak
ceri merah sebagai hiasan
Cara2
1- pukul butter dan gula ising hingga sebati
2- masukkan telur dan esen vanila. kacau rata
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan
4- guna acuan dahlia dan pamkan dalam loyang
5- letakkan ceri merah
6- bakar dalam over dgn suhu 170 darjah celcius selama 15 - 18 minit
7- sejukkan betul2 dan simpan dalam balang kedap udara
No comments:
Post a Comment