May 27, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN (kukus) - 250511

Resepi ni saya ambil dari blog kak dayang. Resepi asal dari kakFida@myr. Lembut gebu. Tapi saya menderhaka sikit kat resepi ni sebab bahan tak cukup sepenuhnya seperti yang termaktub dalam resepi. Alunan kek tak berapa menjadi macam yang kak dayang buat. Saya rasa saya dah salah teknik. Sebab tu warna merah mendap ke bawah. Tak apa belajar dari kesilapan. Saya cuma buat separuh adunan ja. Ikut resepi kak dayang.




Resepi asal

Bahan-bahan  (loyang 9x6x3 / 10x7x3)
5 biji telur A - yg sejuk dari peti ais
1 cwn gula halus
2 cwn tepung gandum - diayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cwn  +  1/8 cwn susu sejat = 150g
10 sb mentega cair  (100g)
pewarna yang disukai
secukup serbuk koko

Cara-cara
1- Panaskan kukusan loyang dialas kertas dan di gris keliling
2- Campurkan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Pukul hingga kembang
3- Masukkan mentega cair dan kaup balikkan adunan hingga rata
4- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut pewarna yang dipilih
5- Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang
6- Ayak serbuk koko atas lapisan berwarna pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi
7- Tuang adunan berwarna kedua dan ratakan hingga menutupi lapisan serbuk koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.
8- Ayak serbuk koko atas lapisan berwarna kedua rata2 hingga menutupi lapisan kedua
9- Ulang langkah yang sama untuk lapisan berwarna seterusnya hingga lapisan terakhir. Selepas lapisan berwarna terakhir, tidak perlu menabur serbuk koko lagi
10- Tutup loyang dengan aluminium foil yang telah di sapu mentega. Kukus selama 45 minit
11- Apabila masak buka segera aluminium foil. Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak
12- Biarkan kek 5 minit dalam loyang
13- Telangkupkan loyang dan sejukkan kek atas redai. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan dihidangkan


Resepi ni kak dayang buat untuk 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung semolina  (saya x letak)
1/2 sudu kecil baking powder
90g gula kastor  (saya guna gula halus dalam 75g mcm tu)
secubit garam
3 biji telur A
6 sb minyak jagung
1/2 sb ovallete
2 sb serikaya
60 ml susu cair  (saya bancuh susu pekat+air)
perwarna yang sidukai
serbuk milo untuk melapis

Cara-cara
- sama seperti di atas -
   

2 comments:

  1. salam roses....okle tu..dah blh makan kan..salam kenal...

    ReplyDelete
  2. salam anna,
    saya ni kurang kreatif sikit bab2 ni. Masih dalam proses belajar
    selamat berkenalan .........

    ReplyDelete